Aku telah menulis senarai "Things to do & Remarks" di papan putih di bilik pejabat. Sebelum ini papan itu dipenuhi dengan tulisan tangan si Salina atau Aidel yang semuanya menjurus kepada peristiwa balik kampung atau ucapan selamat hari raya. Jadi setiap kali ada sesiapa terutama bos menjengah bilik, perkara yang paling menjolok mata adalah papan putih tersebut. Jenuh menafikan yang bukan aku menulis di situ. Jadi, hari ini pagi-pagi lagi aku padam contengan anak-anak itu.
Selepas ini kalaulah dua orang anak gadis tersebut masih gatal tangan menconteng di papan putih di sudut itu aku tidak teragak-agak mengerat tangan mereka.
[Fuhhh... penat menaip blog dengan struktur ayat yang betul, tapi sekurang-kurangnya aku cuba kan? ;) ]

0 fikiran korang:
Post a Comment