Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 10, 2010

Materi

Kita sudah berbual tentang banyak perkara,
Yang remeh,
Yang serius,
Yang relevan,
Yang tidak.

Kita cerita tentang past, present, future, future, future.

Kita tempelak diri sendiri,
Bagi bodoh kita, nakal kita, lara kita.

Dan kita janji tak akan ulang lagi,
Atau janji akan berubah suatu hari nanti,
Atau kita cuma kata,
"Bila Tuhan buka pintu hati"

Kita tak perlu buktikan apa-apa,
Kerana membuktikan perkara yang belum pasti itu payah,
Jadi kita jarang gusar,
Kita tak selalu bimbang..

Kita gelak besar untuk jenaka yang bodoh,
Ketawa kecil untuk gurauan manja,
Senyum sinis untuk sindiran.

Kita yang dahulu dua,
Kini dan nanti satu.

0 fikiran korang:

Post a Comment